Polisi Pemulangan & Bayaran Balik
Pustaka PBT Malaysia Enterprise
NOTA PENTING: Buku yang telah dibeli TIDAK BOLEH dipulangkan atau ditukar, melainkan terdapat kecacatan cetakan atau kerosakan fizikal semasa penerimaan.
1. Syarat Pemulangan
Kami hanya menerima pemulangan bagi kes-kes berikut sahaja:
- Buku mempunyai kecacatan pengilangan (contoh: muka surat kosong, susunan halaman terbalik).
- Buku rosak teruk semasa proses penghantaran (contoh: koyak besar, basah).
- Item yang diterima tidak sama dengan pesanan (salah tajuk/edisi).
2. Tempoh Tuntutan
Sebarang tuntutan kerosakan mestilah dibuat dalam tempoh 3 hari bekerja selepas pesanan status "Delivered" atau diterima oleh pelanggan.
3. Proses Pemulangan
Untuk memulakan proses, sila ikuti langkah di bawah:
- Ambil gambar atau video jelas yang menunjukkan bahagian buku yang rosak/cacat.
- Sertakan Nombor Pesanan (Order ID) dan hantar ke WhatsApp Admin kami.
- Pihak kami akan menyemak tuntutan dalam masa 24-48 jam.
4. Bayaran Balik (Refund)
Jika tuntutan diluluskan, pelanggan boleh memilih untuk:
- Penghantaran semula buku yang baru (stok gantian).
- Pemulangan wang penuh (Full Refund) ke akaun bank asal dalam masa 7-14 hari bekerja.